Dr. Kamesah Binti Hj. Omar dilahirkan pada 22hb Oktober 1967 di Batu
Pahat, Johor . Merupakan anak ke lapan daripada tiga belas
adik-beradik. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada Mei 1996 dan
telah dikurniakan dengan lima orang cahayamata. Beliau telah menerima
pendidikan dan mendapat ijazah MBBS dari Fakulti Perubatan Universiti
Malaya, Kuala Lumpur dari tahun 1987 hingga 1992.
Beliau
berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang perubatan bermula daripada
Hospital Daerah Muar, Hospital Besar Johor Bahru, Hospital Kajang, Pusat
Rawatan Islam (MAIS) Kajang dan Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd.
Walaubagaimanapun,
pada November 2004 beliau telah meletak jawatan sebagai Pegawai
Perubatan di Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. untuk meneruskan
cita-cita beliau untuk membuka klinik sendiri.
Penubuhan PRI Medicare
Sdn. Bhd. atau Pusat Rawatan Impian yang terletak di Saujana Impian,
Kajang, Selangor merupakan titik permulaan bagi beliau dalam usaha untuk
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat
tanpa mengira umur, jantina, agama dan bangsa.
Pengalaman Perkhidmatan
2013 - 2004 :
- Doktor sepenuh masa di PRI Medicare Sdn. Bhd. (Pusat Rawatan Impian).
2001 - 2004 :
- Pegawai
Perubatan sepenuh masa di Unit Pesakit Luar/Rawatan Am merangkap
O&G di Kajang Plaza Medical Centre Sdn. Bhd. Selain itu, beliau
bertanggungjawab atas Unit Farmasi.
1997 - 2000 :
- Pegawai Perubatan sepenuh masa di Unit Pesakit Luar merangkap doktor di unit O&G Pusat Rawatan Islam (MAIS) Kajang.
1996 - Okt 1997 :
- Pegawai Perubatan di Bahagian Pesakit Luar dan 'Casualty' Hospital Kajang.
1994 - 1996 :
- Bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
Beliau
telah memohon untuk mejalani latihan intensif di Jabatan O&G,
seksyen di mana kebanyakan pegawai perubatan akan cuba mengelak atau
ditakuti kerana kesibukan unit tersebut. Selepas menjalani latihan
selama empat minggu sebagai 'attachment MO' di bawah pengawasan Dr. Alex
Matthew, beliau diserap sebagai Pegawai Perubatan tetap di Unit O&G
dan diberi tanggungjawab untuk membantu doktor pakar. Beliau berkhidmat
di unit tersebut selama sepuluh bulan sebelum ditukar ke unit lain.
Unit Pesakit Luar
Bertugas di Unit Pesakit Luar selama sebulan.
- Unit Ophthamology
- Bertugas
di bawah pengawasan Dr. Kamala Devi selama 13 tahun bulan dan telah
menyumbang tenaga untuk National Eye Survey di daerah Johor.
1993 - 1994 :
- Pegawai Perubatan di Jabatan Paediatrik Hospital Daerah Muar, Johor.
1992 - 1993 :
- Sebagai doktor siswazah di Hospital Muar, Muar, Johor.
- Bertugas selama enam bulan di Unit Orthopedik di bawah pengawasan Mr. Christopher Anthony.
- Bertugas selama tiga bulan di Unit Kanak-kanak di bawah pengawasan Dr. Chan Chin Foo.
- Bertugas selama tiga bulan di Unit Perubatan di bawah pengawasan Dr. Nivedita.